Friday, December 9, 2011

Apa itu Suku Kata ?

Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata . Sekurang-kurangnya satu suku kata terdiri daripada satu vokal dan satu konsonan. suku kata dibahagi kepada 2 iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Wednesday, December 7, 2011

Alofon

Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.
Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.

Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.

Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.



Fonem

Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.
Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.

Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.
Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.

Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.
Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong.

Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.
Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.
Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.

Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai  vokal.
Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.

Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.
Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yang lain.

Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.
Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

Contoh Alat-alat Sebutan

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di 
                                                beberapa  kedudukan.

     Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.

(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.

     Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Alat-alat sebutan


Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti   berikut:

Bibir
Gigi
Gusi Lelangit keras
Lelangit lembut
Anak tekak
Lidah

Rongga tekak
Rongga mulut
Rongga hidung
Paru-paru
Peti suara dan pita suara
 

Definisi Fonologi

Fonologi   ialah   kajian  mengenai  pola  bunyi  bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang   berfungsi  dalam  sesuatu  bahasa.



Alat-alat sebutan
Bunyi  bahasa  dikeluarkan  oleh  alat-alat sebutan  seperti  berikut:
Bunyi  Bahasa  Melayu